Panggil balik bateri


Pilih bahasa pilihan anda daripada senarai di bawah :
· 简体中文 · Tagalog · 한글 · Suomi
· 繁體中文 · Français · Bahasa Melayu · 日本語
· Dansk · עברית · Português · русский язык
· Deutsch · हिंदी · Svenska · English
· Español · Italiano · ภาษาไทย · Việt
· Bahasa Indonesia
Pelanggan Lenovo Yang Dihormati,

Pada 27 Mac 2014, Lenovo secara sukarela telah memanggil semula bateri litium-ion yang tertentu. Bateri ini dikeluarkan untuk kegunaan komputer buku ThinkPad yang dihantar ke seluruh dunia antara Oktober 2010 dan April 2011. Lenovo menawarkan penggantian bateri secara percuma tanpa mengira status waranti.

Lihat 27 Mac, 2014 Soalan Lazim panggilan semula bateri.

Lenovo menjual bateri dengan komputer buku baharu atau sebagai pilihan atau penggantian bateri pada model-model yang disenaraikan di bawah. Model-model ini mungkin telah dihantar dengan bateri 3-sel, 4-sel, 6-sel atau 9-sel.

Sehingga bateri gantian tiba, anda hendaklah mematikan sistem, keluarkan bateri dan hanya kuasakan ThinkPad anda dengan memasukkan penyesuai AC dan kord kuasa.


Lenovo memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang disebabkan oleh isu ini. Penghantaran produk-produk berkualiti sentiasa dan terus menjadi keprihatinan utama.
Penyelesaian automatik
Untuk menggunakan penyelesaian automatik kami, anda perlu melihat laman ini menggunakan komputer buku ThinkPad. Jika bateri anda termasuk dalam panggil balik, arahan-arahan untuk memesan gantian akan dipaparkan.

Klik pautan di bawah untuk memulakan penyelesaian automatik. Atau, klik arahan khas, jika anda mahukan arahan langkah demi langkah.

Tentukan jika bateri anda adalah dipanggil balik

Nota: Jika anda menjalankan penyelesaian automatik sekali lagi, Program Bateri Lenovo - InstallShield Wizard akan muncul.
Arahan mengeluarkan dan memasang bateri
Arahan khas untuk menggunakan penyelesaian automatik kami
  1. Cetak laman ini supaya anda boleh mengikut arahan-arahan berikut semasa penyelesaian automatik berjalan.
  2. Selepas anda mencetak arahan, lancarkan penyelesaian automatik.
  3. Muat Turun Fail: Pilih Jalankan. (Jika anda mahu memilih Simpan, anda perlu ambil perhatian lokasi di mana anda menyimpan fail dan kemudian dwiklik fail untuk melancarkannya.) Tetingkap kemajuan akan dipaparkan, yang menunjukkan kemajuan muat turun fail ini.
  4. Sebaik sahaja muat turun selesai, tetingkap dialog akan bertanya "Adakah anda mahu menjalankan fail ini?" Pilih Jalankan.
  5. Tetingkap InstallShield Wizard akan dipaparkan. Klik Pasang untuk memasang penyelesaian automatik. Pelayar lalai anda sepatutnya dimulakan dan memaparkan laman yang menunjukkan sama ada anda terjejas atau tidak.
  6. Satu tetingkap InstallShield yang terakhir akan dipaparkan. Klik Selesai untuk melengkapkan pemasangan.
Penyelesaian automatik akan mengumpulkan maklumat yang diperlukan untuk menentukan jika bateri anda terjejas oleh panggil balik. Sebaik sahaja ia telah menyiapkan tugas ini, pelayar lalai anda akan dipaparkan. Halaman yang muncul akan memberitahu anda sama ada bateri anda perlu digantikan atau tidak. Jika perlu digantikan, pilihan penggantian bateri anda akan dipaparkan.

Expand or Collapse this section Arahan untuk nyahpasang penyelesaian automatik
Note: Uninstalling the automated solution is optional.
For Microsoft Windows XP/7/8
  1. Launch Windows XP/7/8. Log in as a user with Administrator authority.
  2. For Windows XP/7/8 with classic Start menu, click Start, select Settings, and then click Control Panel.
    All others click Start and then click Control Panel.
  3. For Windows XP/7/8 with classic Control Panel view, double-click Add or Remove Programs.
    All others click Add or Remove Programs.
  4. Select Lenovo Battery Program.
  5. Click Change/Remove.
  6. Restart the system.
Arahan khas jika penyelesaian automatik tidak boleh digunakan
Proses berikut hanya ditujukan untuk mereka yang tidak boleh menjalankan alat automatik. Respons yang lambat akan berlaku dengan penggunaan borang permohonan manual dan penerimaan bateri gantian anda, jika perlu, juga mungkin tertangguh.

Pautan kepada manual
Soalan Lazim untuk Laman Web www.lenovo.com/batteryprogram2014
S1. Model-model komputer buku ThinkPad manakah yang terjejas oleh panggil balik ini?
J: Pelanggan yang membeli ThinkPad atau pilihan atau penggantian bateri antara Oktober 2010 dan April 2011 mungkin mempunyai bateri yang tertakluk oleh panggil balik ini. Berikut adalah senarai sistem yang mungkin dihantar dengan bateri ini.
  • Siri Edge 11, Edge 13, Edge 14
  • Siri T410, T420, T510, W510
  • Siri X100e, X120e, X200, X201, X201s
S2. Bagaimana saya boleh mengetahui jika bateri saya sedang dipanggil balik?
J: Lenovo telah membangunkan Penyelesaian Automatik bagi menentukan jikalau bateri anda terjejas. Sila lawati www.lenovo.com/batteryprogram2014 dan jalankan Automated Solution (Lenovo 2014 Battery Recall Utility). Program ini akan membaca siri spesifik kod bar bateri anda dan mengesahkan jika ia di bawah Battery Recall Program Lenovo. Tidak semua bateri dalam senarai sistem terjejas akan dipanggil semula. Istilah "terjejas" digunakan untuk mengenal pasti yang bateri perlu diperiksa dengan Lenovo 2014 Battery Recall Utility untuk menentukan jika bateri dipanggil semula.

S3. Jika bateri saya dipanggil balik, berapa banyakkah kos penggantian?
J: Lenovo menggantikan bateri yang dipanggil balik ini secara percuma.

S4. Adakah saya perlu mengembalikan bateri saya yang rosak?
J: Tidak. Walau bagaimanapun, dengan menerima bateri gantian anda akan melakukan kitar semula bateri anda dengan cara yang diluluskan.

S5. Jika bateri saya dipanggil balik, berapa lama saya perlu menunggu?
J: Pesanan biasanya akan diproses dan dihantar dalam tempoh 3 hari bekerja. Masa penghantaran adalah berbeza-beza bergantung pada negara.

S6. Jika bateri saya telah dipanggil balik, bolehkah saya terus menggunakan sistem saya sementara saya menunggu bateri gantian saya?
J: Jika bateri anda dipanggil semula, untuk terus menggunakan PC notebook ThinkPad anda dengan selamat,
  1. matikan sistem
  2. alih keluar bateri
  3. kuasakan sistem anda dengan penyesuai AC

S7. Adakah ia selamat untuk digunakan dengan bateri pihak ketiga dalam sistem saya?
J: Keselamatan apa yang dipanggil bateri "pasaran kelabu" adalah tidak diketahui, dan kami pernah mempunyai insiden-insiden yang melibatkan bateri jenis ini. Kami menggalakkan pelanggan untuk hanya menggunakan bateri dari Lenovo, atau penjual semula yang diberi kuasa, dalam produk kami.

S8. Adakah selamat untuk menggunakan ThinkPad dalam kapal terbang?
J: Kami menyerahkan isu keselamatan penerbangan kepada syarikat penerbangan. Jika bateri anda terjejas oleh panggil balik kami, sama ada anda di atas kapal terbang atau tidak, Lenovo mengesyorkan anda mengeluarkan bateri dan menghidupkan komputer buku ThinkPad anda dengan penyesuai AC.

S9. Apa yang mendorong anda untuk melakukan panggil balik?
J: Terdapat sejumlah kecil insiden yang menarik perhatian kami. Keutamaan nombor satu kami adalah keselamatan awam dan kami membuat kesimpulan bahawa panggil balik a adalah sesuai dalam kes ini.

S10. Adakah bateri gantian mempunyai jaminan?
J: Bateri gantian mempunyai jaminan terhad selama 90 hari. Untuk mendaftarkan tuntutan, sila hantarkan e-mel ke battery@lenovo.com beserta nombor pengesahan pesanan asal, kod bar 22 digit bateri gantian dan penerangan kegagalan.