![]() |
|
Dalam kerjasama dengan U.S. Consumer Product Safety Commission (CPSC), Lenovo menarik balik secara sukarela 188,000 PC desktop semua dalam satu (AIO) ThinkCentre M70z dan ThinkCentre M90z yang dijual di seluruh dunia antara Mei 2010 dan Mac 2012 (Sebelum ini, penarikan balik yang diumumkan termasuk 160,000 sistem yang dibina antara Mei 2010 dan Disember 2011). Lenovo telah menentukan bahawa akibat kegagalan bekalan kuasa dalam PC semua dalam satu yang terjejas, sistem tersebut boleh menjadi terlampau panas dan menyebabkan bahaya kebakaran. Lenovo telah menerima dua laporan pelanggan dari seluruh dunia mengenai kebakaran yang menyebabkan kerosakan pada PC.
|
||||
| Tentukan sama ada PC Semua Dalam Satu anda ditarik balik |
|---|
Untuk menentukan sama ada PC AIO anda termasuk dalam penarikan balik ini, sila pilih Jenis Mesin (4 digit) dan Nombor Siri (7 digit) anda dalam medan di bawah:
Nota: Pelanggan dengan berbilang sistem boleh memasukkan sehingga 10 pada satu masa. Untuk akaun besar dengan lebih daripada 50 unit, sila hubungi Wakil Jualan Lenovo anda.
Nota 2: Sistem tidak akan berfungsi disebabkan penyenggaraan setiap hari Sabtu dari 12:00 pagi hingga 8:00 pagi EST. Harap maklum.
Jika status sistem anda ialah Terjejas (Affected) :
Lenovo mengesyorkan pelanggan berhenti menggunakan komputer dengan serta merta dan mencabut palamnya daripada soket kuasa. Sila hubungi Perkhidmatan dan Sokongan Lenovo atau Pembekal Khidmat Jaminan yang dibenarkan untuk menjadualkan penggantian bekalan kuasa. Penduduk A.S. & Kanada boleh menghubungi Pusat Sokongan Lenovo di 1-855-248-2194. Maklumat hubungan antarabangsa untuk sokongan penarikan balik tersedia di http://support.lenovo.com/en_MY/detail.page?DocID=HT036550.
Jika status sistem anda ialah Tidak Terjejas (Not Affected) :
Sistem anda tidak termasuk dalam penarikan balik ini.
Jika status sistem anda ialah Pembaikan Selesai (Repair Complete) :
Sistem anda telah pun diperbaiki di bawah penarikan balik ini.
Jika anda memerlukan bantuan lanjutan, sila hubungan Pusat Sokongan Pelanggan tempatan anda. Untuk senarai nombor telefon Perkhidmatan dan Sokongan dari seluruh dunia, sila lawati http://support.lenovo.com/en_MY/detail.page?DocID=HT036550
| Mencari Jenis Mesin dan Nombor Siri anda |
|---|
Jenis Mesin dan Nombor Siri anda terletak di bahagian bawah PC anda. Rujuk pada gambar di bawah untuk membantu mengenal pasti nombor-nombor ini pada sistem anda: